- Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.
- Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.
- Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.
- Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.
- Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.
- Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.
- Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”
- Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.
- Katakan kita harus jauhi kuasa ‘syaitan’ yang cuba membakarkan hati kita.
Harus sedar juga bukan mudah untuk melenturkan ego dan keangkuhan kita saat bertengkar. Proses mencari kesamarataan, saling hormat-menghormati dan sedia menerima kelemahan masing-masing dengan ikhlas adalah sesuatu yang panjang dan rumit. Jika kita berjaya mencapai semua itu, hubungan dengan pasangan akan lebih bahagia. |
0 comments:
Post a Comment