Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Saturday, November 21, 2009

Bubye to Tanjong Malim

fuh...dah kat ngan 4 tahun aku duk kat sini n tiba masa sekarang aku harus pergi dari sini.. (ceewah ayat tak tahan..heheh).. abah aku dah gerak dari kelantan subuh tadi n petang nanti dia akan sampai n amik aku balik..tadi aku kol dia cakap kat pahang lagi.barang aku banyak sangat..tak tau la muat ke tak dalam keta wira aeroback..hope2 muat la..amin,,klau tak muat, balik ngan bas la aku jawabnya..

erm..macam2 manusia n perangai kau jumpa sejak aku belaja aku t.malim.banyak benda gak aku blajar sama ada dari segi education, pengalaman, pergaulan n macam2 lagi..dulu aku seorang yang sangat pemalu n susah nak cakap ngan orang tapi sejak aku bakal jadi cikgu ni, aku rasa aku patut bersikap lebih terbuka, matang n tau cara nak bercakap n handle manusia..insyaAllah..

trima kasih pada semua kawan2 ku yang banyak membantu aku n sentiasa adad ngan aku time susah or senang..trima kasih sangat..aku tak dapat nak membalas dan puaskan ati semua orang, hanya Allah yang dapat membalas jasa korang..aku mintak maaf kalau ada salah n silap sepanjang kita berkawan..to housemate2 n rumate2 aku kat no 47, aku betul2 sayang korang..korang kawan yang paling lama aku berkwan.aku harap persahabatan kita akan kekal smpai bila2,insyaAllah nanti ada masa aku lawat korang kat selayang..erm sedihnya berpisah ngan korang..uwaaa..

trima kasih juga pada semua orang- ibu bapaku, lecturers ku yang banyak membantu aku n thanks juga pada diri aku sendiri sehingga aku sampai tahap ni..aku takkan lupa jasa orang yang pernah buat baik ngan aku..aku akan kenang samapi bila2..

thanks a lot to my dear cz always supprot me, always nasihat n bg kata perangsang, bagi semangat n macam2 lagi..i  will always love u n gonna miss u..thanks again..

p/s : macam berucap depan pentas..hehehehe

Friday, November 20, 2009

Sad again

erm i dont know why i become like that..sad, termenung  jer hari ni..betul2 tak der mood hari ni, rasa macam pikul beban berat jer..macam2 benda aku fikir..erm..time p reunion tadi, aku tak tau la diorg perasan ke tak..aku tak cakap banyak cam biasa, aku banyak diam n termenung jer..sebb syok sangat termenung, ayam aku jatuh dari tangan..malu sangat, semua gelakkan aku. erm malu..

muka aku time ni pun tak hepi jer..bt2 senyum jer

aku rasa nak nangis jer ari ni tapi nasib baik air mata tak kuar.aku rasa macam ada something bad will happen to me..dunno what..erm..tak tau nak cakap apa, tapi sedih sangat..mayb family problem yg tak kan tau bler akan settle..even tu bukan masalah aku tapi aku rasa macam aku terheret sekali, sejak dari form 2 smpai la sekarang, macam2 benda yang aku lalui sampai aku tak mampu nak jadi seorang yang tabah lagi, aku penat ngan masalah yang aku hadapi sekarang..aku harap semua kesedihan aku ni akan berakhir, aku tak sanggup lagi nak hadapi semua ni,,aku hanya insan lemah n hina. ya Allah, bantulah hambamu ini, kuatkan la ati aku n semangat aku..berikanlah aku petunjuk n penyelesaian tuk semua ini..amin..erm..aku tak dapat nak tolong diorg coz aku blaja lagi, insyaAllah t aku keje, a.ku akan balas semua pengorbanan yang diorg bt kat aku.aku takkan lupa jasa diorng.

nape ek dalam dunia ni ada manusia jahat, ada manusia dengki ngan kesenangan orang lain.ada manusia tak leh nampak orang len bahagia..naper diorng jahat sangat?nape diorg tak der ati perut sangat?aku betul2 fed up ngan manusia yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang dia ada..naper diorng suka sangan lihat kehancuran hidup orang lain.. dah lama keluarga aku tak jadi cam ni tiba2 tahun ni jadi lagi, aku ingtkan tahun ni aku leh hidup bahagia cam orang len tapi rupanya tak? aku rasa nak marah sangat ngn dia tapi kalau aku marah dia pun, apa aku dapat? ntah2 ngan aku sekali dia bt jahat..erm tak per..aku anggap ni semua ujian n dugaan daripada Allah..selagi aku leh sabar, aku akan sabar..insyaAllah.

Reunion d210

kami bt ni kt KFC..semua hadir n best sgt dapat jumpa diorg semua sebelum masing2 bt praktikum..thanks ek korang datang..lepas ni mesti susah dah nak jumpa korang..mesti rindu korang pasti ni...uwaaaaa.. erm apa?korang nak tengok gambar?ada..jangan risau..korang scroll je kt bawah ni..heheh..


ni la yang aku makan tadi..alhmdlh kenyang sampai malam







sebelum makan, kita amik gambar lu..:)




heheh..mata bertentang mata 2..candid


 
yang pakai baju kurung 2, ida..ex rumate ku dulu
still solo lagi..sorry yer gambar tak brape elok ckit.



p/s : nnti 5 tahun dr sekarang, kita bt pulak ek reunion..ek??setuju x?


Thursday, November 19, 2009

Maluu tapi Mahu

huhu..dua ari lepas..citer dah basi dah tapi biar la, nak citer gak..HAHAHA. malu sangat2, macam biasa la mengada2 ngan DIA.mesti tiap kali ym (ala, yahoo messenger tu, u all tau kan..tak tau tu tipu la).. mesti aku minta web cam dia n hari tu, aku pinjam la webcam ena (thanks yer ena, sorry amik webcam mu tak bagi tau mu.) sebab nak webcam sangat, aku sanggup cari software sebab nak webcam DIA. dapat la aku tengok muka dia n dia tengok muka aku..hehehe..memula malu giler n rasa nak tergelak2 jer tengok muka sendiri..hahah..sampai dia cakap ''belum masuk tv lagi, kalau dah masuk tv, muka tu nak sorok mana?'' ..lagi la aku nak tergelak..dah puas gelak, baru la aku tunjuk muka aku..hehehe..begitu la smpai la aku ngantuk..

erm nak citer ape lagi ek...tak tau la nak citer apa lagi...k continue tomorrow..nak p solat maghrib jap..daaaaa


p/s: thanks yer dear cz still leh sabar ngan i sampai sekarang n layan kerenah i yang ngada2 ni..very 
appreciate it.. i love u so much...mmmmmuuuuaaaaaaaahhhh.. n i hope u will get more bonuses n always murah rezeki..amin..

A busy day

dah dua hari aku terpaksa bangun pagi2 n siap2 p taklimat..

          1st) bengkel praktikum ngan  Mr. loy
          2nd) bengkel learning in english for Preschool

banyak gak info yang aku dapat dari kedua2 bengkel ni, macam2 soklan aku tnya time ngn Mr. loy ..nervous tau nak ngajar dak2 prasekolah ni, bukannya senang, baginya diorg buat perangai, jadi haru biru kelas nanti..nauzubillah..mintak dijauhkan..hope students aku nanti dengar cakap aku n aku harap aku dpt bt P&P jd menarik..amin..tak lupa jgak banyak gak ilmu aku kutip sepanjang taklimat n thanks kt en.loy bagitau kitorg rahsia Universiti, dapat gak gambaran n persediaan nak praktikum nanti...

2. taklimat kedua ngan Prof  Dato' Dr Emiratus Isahak Harun pasal kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK)dalam english..thanks prof cz sanggup luangkan masa tuk ktorg..Dia merupakan pencipta Kaedah KGBK.kaedah ni dicipta pada tahun 1970 an.tapi baru popular sekarang..sebenarnya dah banyak kali bengkel ni tak jadi cz prof seorang yang amat2 busy..time bt taklimat pun, tak henti2 fon dia bunyi..prof ada masa ngan ktorg 3jam jer..dia seorang yang sangat komited n dedicated ngn kerja. even umur da kat 70 tp still nampk macam 50 lbh..aku btl2 kagum ngan dia..cara dia berfikir, bercakap n sangat baik hati..tuk pengetahuan korang, even ramai yang gunakan kaedah dia tapi guna nama lain..tapi dia tak pernah nak amik tindakan or nak saman..memang baik hati sangat..bagi dia, biar la orang nak bt duit pun ngan kajian dia, asalkan anak2 malaysia pandai dan tahu 3M.aku betl2 tertarik ngan kaedah dia..cara senang nak bagi bdak2 membca, dia cakap dalam masa dua bulan, mesti kanak2 dapat membaca.insyAllah nanti aku akan gunakan time mengajar..


p/s: hope nanti dapat mengajar ngan baik dan menarik..

Kini Ku bahagia

yahoooo....aku memang betul2 seronok hari ni..semua masalah aku alami selama ni dah settle dah n aku leh teruskan tanpa ada rasa yang buruk lagi..korang faham tak ni?erm maksud aku, aku tak payah nak serabut2 n pening2 kepala fikir pasal perkara yang tak settle..tenang2..

masa aku tengah syok2 tengok citer nenek kebaya..jangan tak tau..tu citer feveret aku sekarang..best sangat.. tiba- tiba telefon aku bunyi..lama gak la aku nak angkat sbb aku tak tau no sape (aku memang tak kan layan nombor orang tak kenal n susah sangat nak angkat nombor yang aku tak biasa) tapi biler tengok nombor 2, macam selalu tengok jer.rupa-rupanya kawan baik aku dulu, ijam..tertanya2 gak aku naper ek dia kol aku. aku angkat la pastu dia cakap " aida, ko bt aper tu''..aku tanya dia naper, dia cakap ''aku nak ajak ko kuar ni, kuar minum2 jer''.. memula aku serba salah gak nak kuar coz aku sayang nak tinggal citer nenek kebaya tu, last-last aku setuju gak SEBAB DIA..(pernah jadi kawan baik aku n sebab dia baik), kalau orang lain , jangan harap la aku nak kuar..


ktorg p makan ABC, best gak ABC dia even gerai dia kecik jer n tak menari perhatian..sambil2 makan, macam2 citer kuar..daripada citer masalah yang pernah ada antara aku ngn dia sampai la citer pasal dak kelas ktorang.erm rindu sangat coz dah lama tak borak gitu ngn dia.alhamdullilah sekarang dia dah sihat walafiat n tak sakit2 cam dulu..aku tumpang gembira ngn ko n aku bahagia tengok ko sekarang.

tengah2 syok borak, tiba2 aku rasa macam ada mata tengok aku, n aku tertengok la, rupanya ada mamat tengok aku..aish, awat ko p pandang n tenung aku camtu, aku tak suka tau tak!!ko bt aku jd malu even ko tu tak handsome pun, aish, rasa macam nak korek2 jer mata ko!!.. ahh..ko btl2 ggu aku cakap ngn kawan aku...!!!!!! time tu aku rasa nak BLAH dr situ jer..








Tuesday, November 17, 2009

virus malas


  ni salmina n baeyah..diorg memang rapat sangat.. tak pernah gaduh..
      n kalau salah sorang merajuk mesti yang baeyah tu akan
                                        pujuk kakaknya..so sweet :)                                      



  yang ni yang last sekali..entry lepas aku pernah citer..
dia dah umur 10 bulan sekarang..makin cerdik dah sekarang.
dah pandai cakap sekarang n paling suka dengan bdak sama
baya ngan dia..paling susah nak gelak ngan orang lebih tua dr dia..
hehe...bt la lawak cmner pun , kalau xnak gelak..xnak la dia..



1.tajuk entry ni tak der pun ngan gambar ni di atas..saja jer nak tunjuk korang adik2 aku..rindu la diorg..dah lama tak jumpa n last jumpa hari raya tu..tiap kali aku call mak ayah aku, mesti adik2 aku tanya '' bila kak nak balik''...huhu..rindu sangat2 diorg.


2.malas...malas..malas...apa nak jadi ngan diri aku ni..tak tau la virus apa yang melekat kat aku ni sampai malas sangat..but finally, aku kemas jgak barang-barang aku tapi tu pun separuh jer..tadi aku kemas buku-buku aku n dlm 2 kotak buku aku..almaklum la tak pernah2 bawak balik buku sejak dari awal sem sampai la sekarang.tengah2 kemas barang tadi, aku terjumpa la gambar2 lama dalam buku ku..gambar adik2 aku n kawan-kawan lama aku..teringat kisah-kisah lama aku dulu2..hehe..bju2 n semua barang aku akan kemas t dekat-dekat nak balik kot..


3. erm rasanya cukup la tuk kali ni..malas dah rasanya nak mengarang lagi ..kan virus malas dah menular sekarang..start sok jadual aku jd pack balik coz banyak kena p bengkel n taklimat..huhu..penatt..



daa...nite..wish u all the best n sucess..see u next time

Monday, November 16, 2009

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki


Putih 
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional. 

Merah 

Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan. 


Jingga 
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren 
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang. 


Kuning 
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut. 


Hijau 
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu. 


Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian . 


Hitam 

Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat 
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Sunday, November 15, 2009

bosan!!

hari ni aku duk sorang2 dlm bilik ni..sggh la bosan, sume rumates ku keluar n ada yg blk kg.erm  tak tahu nk bt apa..barang2 lak byk lg yang tak kemas..tak der mood lg nk kemas-kemas barang..21 hb ni dah nak balik kampung dah..adoiii...''npe la malas sangat nk kemas barang ni...tulun-tulun''. pastu aku tak confirmkn lagi dengan abah aku pasal nak balik minggu depan..hari tu dah call abah aku tapi dia tak ingat. (ye lah ko call time org sembahyang jumaat, camner la abah nak angkat).erm..nanti tak balik rumah la aku..huhuhu..

Saturday, November 14, 2009

kfc

petang td, aku ngan zu p kuar p pekan..p makan kfc lepas tu p bli ikan untuk bekalan seminggu nanti..klau korang tak caya, aku ada bukti..hehehe..tapi pada sapa yang tak tengok,tak pe..tak kisah :P..tapi yang tak suka tadi, ramai giler orang kat kfc, penat kaki berdiri tapi nasb baik zu baik hati tolong beratur tuk aku..thanks a lot zu..luv u..



1st kita gambar dengan atuk  kfc..heheh






ni makan time nak habis dah pastu baru teringat nak ambik gambar..
so suruh la zu amik gambar dengan ayam yg tinggl tulang2. ;))









menikmati air revive smbil tenung zu dalam2..hahaha





tadaaaaa...ni la jadi ngan ayam yg aku makan..huhuhu



heheh..untuk sem ni, ni la 1st time aku aku makan kfc selepas kfc renovate..kecian kan..T___T..tapi pape pun enjoy sangat tadi time makan ngan zu..thanks zu cz belanja aku tadi.very apprecciated  it n that moments..heheh..malu tadi asyik zu belanja aku jer.tak pe lain kali aku belanja ko plak ek..tapi biler ek..heheh ...tunggguuu

Kenali pasangan anda

ni ada info sikit cara nak kenal pasangan anda..jangan caya sangat dan kalau betul tu, maybe juz kebetulan jer..

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


 
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


 
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.


 
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


 
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


 
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


 
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


 
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.  Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


 
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai  cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


 
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam  pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk dipercayai.


 
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


 
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan  seniman asmara.


hoooorayyyy!!!!

finally, i find jgak blog template yg aku suka even korang akan cakap ''biasa je, tak lawa pun''..erm aku tak kisah pun asalkan aku bahagia..but i hope u all enjoy it...daaaaaa...enough for this morning. titik..noktah.

Friday, November 13, 2009

attention!!!

sekarang ni blog ni dalam proses tuk upgrade..so maaf kalau ada benda yang tak dapat puaskan hati korang..semua benda duk bersepah2 sekarang..  (tuan punye blog ni nak cari layout yg lawa sekarang ni n tak jumpa2 lg..).

::. ToDay .::

hari ni tak tahu nak tulis ape so aku decide nak gtau korang apa yang aku buat dan bakal buat hari ni, korang baca la ek..kalau tak nak baca, boleh tinggalkan blog aku ni..::

1. Pagi
bangun-bangun je tido tadi aku terkejut sebab laptop aku tak off..heheh.. (tak sedar time bila tertidur semalam, maybe time tunggu loading lama sangat). aku pe lagi, surf tenet jap.dan pastu ajak semua rumates ku tersayang gotong royong rumah sebabnya tahun depan ktorang tak duk tanjong malim lagi (bubye t.malim, pasni aku duk bandar pulak..upgrade life sikit duk kat sna nanti.tanjong malim kan pekan jer).time gotong royong tadi banyak jugak benda yang ktorg bersihkan dan buang..ada yang kemas kat dapur, kat stor dan kt luar tumah..banyak sangat benda yang tak guna duk dalam rumah ni..patut la semak semacam jer..hehe..semua bagi kerjasama time gotong royong rumah tadi..suka3 (icon thumbs up)..

2. tengahari
lepas siap2 kemas rumah tadi, aku dan zu decide nak p TM point. sebelum p sna, aku dengan zu singgah kedai makan lu..almaklum la..penat2 buat keje td n time nak isi perut ngan makanan..kebulur, dari pagi smpai tengahari tak makan..aku makan nasik campur n zu plak makan mihun sup..pas siap makan, ktorng plan nak p ngn bas tp tunggu punya tunggu bas tak der dan aku call la prebet tp tak leh ambil lak cz dia ada keje..so sebab malas tunggu, aku ngn zu jalan kaki la ikut jalan dalam kampus..dalam setengah jam jgak jalan tadi.tp tak rasa apa cz jalan cool jer..hehe..bincang punya bincang, ktorg punye streamyx tak leh nak potong cz klau nak potong pun, bil still jalan gak sebab tak smpai setahun lagi kontraknye..bulan 2 ni baru cukup setahn..huh..pening kepala..ada idea or cadangan tak???n kalau korang nak smbg bayar pun leh gak..hehe

3.petang
rehat-rehat jer sebab dah penat jalan tadi g tm point..smbil2 tu tulis blog ni dan men games..


4.malam
kemungkinan aku akan kemas semua barang2 aku..huh..banyak gler..ye la..tak pernah bawak balik dari awal sem smpai la sekarang..maybe ayah aku kena bawak lori kot..klau korang ringan tulang, tolong2 la eh..senang sikit keje aku nanti..hehe

haa...tu la menda yang aku buat n mungkin buat..klau ada citer lagi, aku tulis dalam blog ni..untuk tatapan korang semua..

Thursday, November 12, 2009

.:disebalik last paper:.

entry kali ni bunyi macam seram je 'disebalik last paper'..huhu.erm lepas abis paper tadi, aku terus balik rumah.kebiasaannya kalau habis exam, mesti aku singgah mana-mana kedai sebab perut aku rasa lapar lepas memerah buah fikran ni berjam-jam. heheh, padahal paper tadi sejam setengah jer..erm paling lama pun 2 jam setengah je..masa on the way balik tu, tetiba kepala aku rasa sakit sebelah kanan.aku buat dunno je la.malas nak amik tau, nanti jadi ngada ngade lebih lak.aku balik la rumah.masa on the way balik, mak aku call suruh send kad diskaun bas ekspress kat dia.erm..katanya ada hal nak buat..pastu mak citer yang dia tak sihat dan aku boleh dengar melalui suara dia.sayu la plak dengar suara mak dan citer mak yang sedih.balik jer rumah, aku rasa macam tak ada mood sangat..tak tau napa.rasa macam murung sangat sangat. pastu sampai rumah, aku kol 'dia' dengan harapan aku leh tenang sikit tapi tak berkesan jgak n dia nasihatkan aku suruh p mandi  makandan tidur.erm.aku try tidur tapi tak boleh sebab aku jarang tidur siang kalau aku tak ngantuk.so aku surf la tenet.huh..bosan jgak.tapi bosan bosan pun aku tetap surf tenet gak.mana la tau jumpa benda menarik.tak lama lepas tu, rumate ku zu dan ecah g kl.huh..lagi la bosan aku duk sorang-sorang. fizah pulak g exam..tinggal la aku sendirian.sungguh la bosan.tak tau nak buat apa.dengan itu..jeng..jeng..bertambah la kemurungan aku.muka aku nampak macam orang tensen macam nak exam padahal time exam, aku relaks jer.aduh.memang tadi rasa tak semangat sangat macam orang dah kehilangan sesuatu.even aku dah tak ade paper nak kena jawab lepas ni tapi aku rasa tak happy dan macam orang sakit ada la..end...

.:Merdeka:.

hoooray...yahooo..golek..guling sume ada..terbalik..merdeka3x..alhamdullilah.bestnya rasa sebab aku dah habis exam dah...lega sangat lepas letak pen dan ketua pengawas mengumunkan pengumuman macam biasa korang dengar '' okay, masa menjawab sudah tamat, sila letak pen anda, kertas jawapan anda akan dikutip oleh pengawas " ..huhu..aku dah terbiasa dengan ayat tu.bayangkan dah 7 sem ambil exam.tapikan masa jawab tadi, aku confius sikit sebab aku tak hafal betul2..(haa..sapa suh ko tak hafal, kang dah tak confident dah dengan jawapan ko tadi)..tapi apapun aku tawakkal je la apa nk jadi cma aku mintak moga2 dapat keputusan yang cemerlang..amin. sambung balik cerita tadi..masa pengawas tengah kutip, kawan-kwan aku dah bising dah.almaklum perkara paling gembira selama 7 sem dekat upsi ni. lepas ni tak payah dah susah2 nak amik exam lagi. tetapi nasib baik ketua pengawas yang jaga tadi pensyarah ktorg dan ktorg semua memang rapat dengan dia dan dia juga adalah PA (penasihat akademik) aku..ku memang respect sangat kat dia sebab cara dia nasihatkan ktorg macam cara nasihat mak dengan anak.suke sangat *wink*, kalau tak, memang dah kena marah dah macam ada sorang ketua pengawas time aku amik exam audiolodi ari tu..kelakar jer..aku dan beberapa orang gelakkan dia..astaghfirullah halazim.

lepas semua kertas dah kutip, ktorg tak dibenarkan keluar tau sebab dia rindu sangat dengan ktorg..hahahaha..tak der la rindu sangat tapi mungkin nak menatap wajah ktorg semua buat kali terakhir.huhuhu..semua dia panggil duk dekat dengan dia dan dia cakap dia nak buat bengkel cara mengajar dalam english.aku suka..aku suka sebab aku tak tahu cara nak ngajar dalam english ni.kalau dalam b.melayu, senang la sikit sebab tiap-tiap sem kena mengajar.pas tu lepas bincang-bincang, amir merelakan dirinya untuk cari tempat untuk bt bengkel tu.tarikhnya semua tak confirm lagi. maybe nanti amir akan contact dan bagitau semua kut facebook kot.heheh..network utama sekarang untuk bt apa2 pengumuman.so sekarang ni aku tengah tggu pengumuman dari amir.erm..

Sunday, November 1, 2009

hye all

assalamualaikum..erm..lama aku tak menulis kat blog ni sebab kebizian yang amat sangat..terlalu banyak cerita yang nk di post kn tapi masa x mengizinkan...sori yer...korang cmner..sht? mggu dpn mggu exam..doakan aku berjaya n dapat pointer yang tinggi tuk sem ni...amin..jadual exam aku xder gap sangat...fuh...lenguh tangan nnti nk menulis..huhuhu...

Monday, September 7, 2009

cara untuk elakkn pertengkaran REMEH-TEMEH..

Pertengkaran kecil, seperti rasa cemburu, kadang kala boleh mewarnai hubungan antara pasangan. Bagaikan api, semasa kecil ia boleh menjadi kawan tetapi apabila terus dibiarkan berlarutan ia sudah tentunya dapat memudaratkan hubungan mesra. Jika tidak dikawal atau tiada yang mahu mengalah, ego dan keangkuhan salah seorang akan menguasai hala tuju pertengkaran dan memberi impak emosi negatif kepada kedua-dua pasangan.

  1. Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.
  2. Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.
  3. Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.
  4. Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.
  5. Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.
  6. Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.
  7. Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”
  8. Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.
  9. Katakan kita harus jauhi kuasa ‘syaitan’ yang cuba membakarkan hati kita.
Harus sedar juga bukan mudah untuk melenturkan ego dan keangkuhan kita saat bertengkar. Proses mencari kesamarataan, saling hormat-menghormati dan sedia menerima kelemahan masing-masing dengan ikhlas adalah sesuatu yang panjang dan rumit. Jika kita berjaya mencapai semua itu, hubungan dengan pasangan akan lebih bahagia.

Thursday, September 3, 2009

contoh alatan bantu mengajar untuk prasekolah





Add Image

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

  • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
  • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
  • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
  • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
  • kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

  • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
  • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
  • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
  • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
  • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
  • bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
  • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

  • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
  • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
  • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
  • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
  • Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

  1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
  3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
sumber: Zahir Zainudin(2009), membentuk kemahiran membaca. daripada World Wide Web
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanak-
kanak.html

RaHsiA Dalam Ais



"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"


Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Otak LelAKi dan Otak Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di
antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian
yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!








OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…


Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Friday, April 24, 2009

misteri 12 Januari 2009..







wlpn da lepas tarikhnya tp aku still ingt lg..sebenarnya pada tarikh ni, aku telah dapat adik yang ke....jeng..jeng..agak2 korang yg ke bpe? msti korang pn tak tau kn...yang ke 8..huhu,ramaikan adik beradik aku..huhu..mmg meriah sangat2 klau sume kumpul sekali..maklum la adik-adik aku yang len sumenya kecik-kecik..eh..da melencong ke lain lak..korang msti tertanya-tanya aku dapat adik pmpuan ke laki kn?sbnrnye pmpuan tp kcian mak aku da lama mengharap nak anak laki..last2 dpaat anak pmpuan..tp aku ckp ngn mak 'redha je la, kcian baby anis 2, nnti dengar msti kecik ati''..huhu..tp disebabkan mak aku nak sgt anak laki, adik aku yang baru lahir ni jadi mangsa..nmenyer mcm laki ckit -siti nur hakimie farhanis-.. <--macam nama laki kn? time mak aku mengandungkan dia, macam2 masalah penyakit mak aku dapat,kencing manis la, darah tinggi la..yang xtahan nya mak aku kena suntik sndiri- 4 kali sehari..dan may b sbb mak aku de kencing manis, baby tu jd tembam n berisi sgt2..masa memula lahir, beratnya dekat ngn 3.8kg..mak aku cakap time lahir tu macam baby umur sebulan..pipi dia tembam sgt2..eee aku tgk pn geram nk cubit...huhuhu.. ni gmbar time umur seminggu..sekarang umur dia da 3bulan da..huhu..xsabar nk blik main ngn dia...






jmpe lagi...aku nk smbg stdy lak..ngeh3x..
27 april 2009 aku de paper... ;)

Thursday, April 23, 2009

1sT blogger


huhu..tak penah terfikir nak buat blog tapi ntah macam mane tiba-tiba jer tangan ni gatai lak nak buat blog. Tapi dengan kewujudan blog ni, macam-macam yang aku akan di ceritakan such as my life, kisah suka duka n macam-macam lagi. Dan dialukan sangat-sangat sape-sape yang masuk blog aku. n akan di update kan dari semasa ke semasa.

see u next time.... ;)