Saturday, November 21, 2009
Bubye to Tanjong Malim
erm..macam2 manusia n perangai kau jumpa sejak aku belaja aku t.malim.banyak benda gak aku blajar sama ada dari segi education, pengalaman, pergaulan n macam2 lagi..dulu aku seorang yang sangat pemalu n susah nak cakap ngan orang tapi sejak aku bakal jadi cikgu ni, aku rasa aku patut bersikap lebih terbuka, matang n tau cara nak bercakap n handle manusia..insyaAllah..
trima kasih pada semua kawan2 ku yang banyak membantu aku n sentiasa adad ngan aku time susah or senang..trima kasih sangat..aku tak dapat nak membalas dan puaskan ati semua orang, hanya Allah yang dapat membalas jasa korang..aku mintak maaf kalau ada salah n silap sepanjang kita berkawan..to housemate2 n rumate2 aku kat no 47, aku betul2 sayang korang..korang kawan yang paling lama aku berkwan.aku harap persahabatan kita akan kekal smpai bila2,insyaAllah nanti ada masa aku lawat korang kat selayang..erm sedihnya berpisah ngan korang..uwaaa..
trima kasih juga pada semua orang- ibu bapaku, lecturers ku yang banyak membantu aku n thanks juga pada diri aku sendiri sehingga aku sampai tahap ni..aku takkan lupa jasa orang yang pernah buat baik ngan aku..aku akan kenang samapi bila2..
thanks a lot to my dear cz always supprot me, always nasihat n bg kata perangsang, bagi semangat n macam2 lagi..i will always love u n gonna miss u..thanks again..
p/s : macam berucap depan pentas..hehehehe
Friday, November 20, 2009
Sad again
aku rasa nak nangis jer ari ni tapi nasib baik air mata tak kuar.aku rasa macam ada something bad will happen to me..dunno what..erm..tak tau nak cakap apa, tapi sedih sangat..mayb family problem yg tak kan tau bler akan settle..even tu bukan masalah aku tapi aku rasa macam aku terheret sekali, sejak dari form 2 smpai la sekarang, macam2 benda yang aku lalui sampai aku tak mampu nak jadi seorang yang tabah lagi, aku penat ngan masalah yang aku hadapi sekarang..aku harap semua kesedihan aku ni akan berakhir, aku tak sanggup lagi nak hadapi semua ni,,aku hanya insan lemah n hina. ya Allah, bantulah hambamu ini, kuatkan la ati aku n semangat aku..berikanlah aku petunjuk n penyelesaian tuk semua ini..amin..erm..aku tak dapat nak tolong diorg coz aku blaja lagi, insyaAllah t aku keje, a.ku akan balas semua pengorbanan yang diorg bt kat aku.aku takkan lupa jasa diorng.
nape ek dalam dunia ni ada manusia jahat, ada manusia dengki ngan kesenangan orang lain.ada manusia tak leh nampak orang len bahagia..naper diorng jahat sangat?nape diorg tak der ati perut sangat?aku betul2 fed up ngan manusia yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang dia ada..naper diorng suka sangan lihat kehancuran hidup orang lain.. dah lama keluarga aku tak jadi cam ni tiba2 tahun ni jadi lagi, aku ingtkan tahun ni aku leh hidup bahagia cam orang len tapi rupanya tak? aku rasa nak marah sangat ngn dia tapi kalau aku marah dia pun, apa aku dapat? ntah2 ngan aku sekali dia bt jahat..erm tak per..aku anggap ni semua ujian n dugaan daripada Allah..selagi aku leh sabar, aku akan sabar..insyaAllah.
Reunion d210
Thursday, November 19, 2009
Maluu tapi Mahu
erm nak citer ape lagi ek...tak tau la nak citer apa lagi...k continue tomorrow..nak p solat maghrib jap..daaaaa
A busy day
1st) bengkel praktikum ngan Mr. loy
2nd) bengkel learning in english for Preschool
Kini Ku bahagia
Tuesday, November 17, 2009
virus malas
dah pandai cakap sekarang n paling suka dengan bdak sama
baya ngan dia..paling susah nak gelak ngan orang lebih tua dr dia..
hehe...bt la lawak cmner pun , kalau xnak gelak..xnak la dia..
2.malas...malas..malas...apa nak jadi ngan diri aku ni..tak tau la virus apa yang melekat kat aku ni sampai malas sangat..but finally, aku kemas jgak barang-barang aku tapi tu pun separuh jer..tadi aku kemas buku-buku aku n dlm 2 kotak buku aku..almaklum la tak pernah2 bawak balik buku sejak dari awal sem sampai la sekarang.tengah2 kemas barang tadi, aku terjumpa la gambar2 lama dalam buku ku..gambar adik2 aku n kawan-kawan lama aku..teringat kisah-kisah lama aku dulu2..hehe..bju2 n semua barang aku akan kemas t dekat-dekat nak balik kot..
3. erm rasanya cukup la tuk kali ni..malas dah rasanya nak mengarang lagi ..kan virus malas dah menular sekarang..start sok jadual aku jd pack balik coz banyak kena p bengkel n taklimat..huhu..penatt..
Monday, November 16, 2009
Rahsia Warna Kegemaran Lelaki
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.
Merah
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.
Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.
Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.
Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .
Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .
Sunday, November 15, 2009
bosan!!
Saturday, November 14, 2009
kfc
Kenali pasangan anda
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
hoooorayyyy!!!!
Friday, November 13, 2009
attention!!!
sekarang ni blog ni dalam proses tuk upgrade..so maaf kalau ada benda yang tak dapat puaskan hati korang..semua benda duk bersepah2 sekarang.. (tuan punye blog ni nak cari layout yg lawa sekarang ni n tak jumpa2 lg..).
::. ToDay .::
haa...tu la menda yang aku buat n mungkin buat..klau ada citer lagi, aku tulis dalam blog ni..untuk tatapan korang semua..
Thursday, November 12, 2009
.:disebalik last paper:.
.:Merdeka:.
lepas semua kertas dah kutip, ktorg tak dibenarkan keluar tau sebab dia rindu sangat dengan ktorg..hahahaha..tak der la rindu sangat tapi mungkin nak menatap wajah ktorg semua buat kali terakhir.huhuhu..semua dia panggil duk dekat dengan dia dan dia cakap dia nak buat bengkel cara mengajar dalam english.aku suka..aku suka sebab aku tak tahu cara nak ngajar dalam english ni.kalau dalam b.melayu, senang la sikit sebab tiap-tiap sem kena mengajar.pas tu lepas bincang-bincang, amir merelakan dirinya untuk cari tempat untuk bt bengkel tu.tarikhnya semua tak confirm lagi. maybe nanti amir akan contact dan bagitau semua kut facebook kot.heheh..network utama sekarang untuk bt apa2 pengumuman.so sekarang ni aku tengah tggu pengumuman dari amir.erm..
Sunday, November 1, 2009
hye all
Monday, September 7, 2009
cara untuk elakkn pertengkaran REMEH-TEMEH..
- Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.
- Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.
- Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.
- Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.
- Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.
- Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.
- Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”
- Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.
- Katakan kita harus jauhi kuasa ‘syaitan’ yang cuba membakarkan hati kita.
Harus sedar juga bukan mudah untuk melenturkan ego dan keangkuhan kita saat bertengkar. Proses mencari kesamarataan, saling hormat-menghormati dan sedia menerima kelemahan masing-masing dengan ikhlas adalah sesuatu yang panjang dan rumit. Jika kita berjaya mencapai semua itu, hubungan dengan pasangan akan lebih bahagia. |
Thursday, September 3, 2009
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
- Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
- Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
- Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
- mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
- kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
- kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
- peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
- perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
- pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
- bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
- mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
- perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
- kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
- corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
- mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
- Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
- Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
- Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
- Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
- Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanak-
kanak.html
RaHsiA Dalam Ais
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Otak LelAKi dan Otak Perempuan
antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian
yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!
OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.
Friday, April 24, 2009
misteri 12 Januari 2009..
wlpn da lepas tarikhnya tp aku still ingt lg..sebenarnya pada tarikh ni, aku telah dapat adik yang ke....jeng..jeng..agak2 korang yg ke bpe? msti korang pn tak tau kn...yang ke 8..huhu,ramaikan adik beradik aku..huhu..mmg meriah sangat2 klau sume kumpul sekali..maklum la adik-adik aku yang len sumenya kecik-kecik..eh..da melencong ke lain lak..korang msti tertanya-tanya aku dapat adik pmpuan ke laki kn?sbnrnye pmpuan tp kcian mak aku da lama mengharap nak anak laki..last2 dpaat anak pmpuan..tp aku ckp ngn mak 'redha je la, kcian baby anis 2, nnti dengar msti kecik ati''..huhu..tp disebabkan mak aku nak sgt anak laki, adik aku yang baru lahir ni jadi mangsa..nmenyer mcm laki ckit -siti nur hakimie farhanis-.. <--macam nama laki kn? time mak aku mengandungkan dia, macam2 masalah penyakit mak aku dapat,kencing manis la, darah tinggi la..yang xtahan nya mak aku kena suntik sndiri- 4 kali sehari..dan may b sbb mak aku de kencing manis, baby tu jd tembam n berisi sgt2..masa memula lahir, beratnya dekat ngn 3.8kg..mak aku cakap time lahir tu macam baby umur sebulan..pipi dia tembam sgt2..eee aku tgk pn geram nk cubit...huhuhu.. ni gmbar time umur seminggu..sekarang umur dia da 3bulan da..huhu..xsabar nk blik main ngn dia...
jmpe lagi...aku nk smbg stdy lak..ngeh3x..
27 april 2009 aku de paper... ;)
Thursday, April 23, 2009
1sT blogger
see u next time.... ;)